Sunday, December 17, 2006

Cerita Ceriti Renang

Semalam, aku ke Danau Club di Bangi mengiringi anak-anak buah aku ke swimming class. Kakak aku dan suaminya terpaksa menghadiri meeting di Genting Highlands, jadi aku dipertanggungjawabkan membabysit bebudak tu. Seronoknyer tengok diaorg main air.

Aku pun berkeinginan untuk terjun jugak tapi memandangkan ramai pula yang hadir untuk menemankan anak mereka dan masing2 hanya duduk di tepi kolam aje memerhatikan mereka-mereka yang berada di dalam kolam, maka aku agak tersipu2 dan segan untuk memasukkan diri aku ke dalam kolam yang sama. Almaklumlah, takut nanti banyak pulak air yang melimpah keluar dan membasahi mereka semua jika aku buat terjunan duyung sakti aku yang tersohor ini.

Alkisahnyer… aku ni pernah sekali dulu belajar berenang. Tapi tidak habis pulak belajar sebab aku terlalu busy dengan segala aktiviti lain yang kurang berfaedah. Selepas hadir beberapa kelas, aku rasa dan perasan bahawasanya aku sudah agak pandai berenang, jadi aku tidak berapa peduli untuk habiskan kelas aku tu. Dan sejak dari itu, bila saja aku ke air terjun atau kolam renang atau pantai, aku akan sentiasa menunjuk-nunjuk dengan kengkawan aku kononnya aku ni pandai berenang. Kononnyalah….

Heh…Setakat berenang katak tu oklah.

Tapi tak mengapa, jika dibandingkan dengan kengkawan aku yang lain, tahap kebolehan aku dalam sukan renang ini bolehlah dianggap memberangsangkan. Tapi aku cuma boleh bersaing dengan kengkawan aku yang sama-sama berenang katak dengan aku sajalah. Sebab kalau nak berlawan berenang dengan Ian Thorpe, nescaya aku akan mendapat nombor 1 dari belakang.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ni, aku kerap juga ke pantai. Bukan ke pantai Cahaya Bulan atau Telok Cempedak atau Cherating atau Cenang atau mana-mana pantai yang berbunyi ce ce ce dan diiktiraf cantik-cantik belaka. Aku cuma ke Port Dickson yang selama ini dikutuk ramai sebagai antara pantai rekreasi yang terkotor di Malaysia. Tapi, aku tak le pergi ke tempat yang memang sah kotor. Sebab aku dah selalu ke sana, aku tau yang mana kotor dan yang mana kurang kotor… Pantai kegemaran aku, Telok Kemang. Dan hotel kegemaran aku, Guoman. Ha.. kalau nak ke PD, pilihlah tempat ini, nescaya anda akan berpuas hati.

Kenapa aku suka ke pantai? Sebab bila aku mengapungkan diri aku selama berjam-jam di dalam air dan dibuai-buai ombak aku terasa seolah-olah aku tiada berat badan.. hehehe ..

Berbalik kepada kisah anak-anak buah aku yang belajar berenang, aku rasa aku pun nak ikut sama belajar semula. Sebab dah ternyata kehandalan aku memang ada tolok bandingannya.

Jadi, aku ingin memahirkan diri aku supaya aku boleh menunjuk-nunjuk lagi dengan jayanya kepada kengkawan aku. Itulah objektif utama aku. Untuk berlagak semata-mata.

Lagipun, berenang ini adalah suatu aktiviti fizikal yang baik untuk seluruh tubuh. Jadi kalau aku serius belajar berenang, bukan sahaja aku boleh menunjuk-nunjuk kehandalan aku, malah aku juga mungkin akan berjaya mencapai suatu berat badan yang ideal. Kiranya, aku akan membunuh dua burung dengan satu batu (Kill 2 birds with 1 stone). Kan baik gitu!!

Setakat ini dulu entry aku untuk kali ini. Kepada yang tertanya-tanya kenapa aku menulis dalam B.M kali ni, tak ada apa-apa misteri yang perlu diperjelaskan. Dah malam ini mood aku nak tulis dalam B.M., aku tulis jelah… Tapi perlu aku tekankan bahawa ini bukanlah suatu perkara yang aku mungkin akan ulangi lagi dalam masa-masa terdekat ini. Ini cuma sesuatu yang berlaku sekali dalam suatu bulan biru.

Aku tidak punya kemahiran berbahasa berbunga-bunga dan puitis macam sesetengah orang. Malah, penggunaan nahu dan tatabahasa aku memang akan memalukan Cikgu Sopiah selaku guru BM aku di sekolah menengah dulu. Oleh itu, aku cuma menulis dalam bahasa pasar dan bahasa rojak dan berharap pihak-pihak yang berwajib tidak akan menyaman aku kerana mencemarkan bahasa ibunda kita ini.

Dan oh... alangkah bahagianya aku kerana Cikgu Sopiah kini sudah tidak boleh mengetuk kepala aku dengan cincin zamrudnya yang bertaraf antarabangsa itu setiap kali aku membuat kesalahan tatabahasa...

Selamat malam!!

6 comments:

papadom_ullalla said...

kahkahkah! makaq la hang ni...
i baru perasan pantai yang cantik-cantik dan ternama kat mesia ni kebykannya berbunyi ce macam u kata tu. selama ni i tak sedar pun

p/s, i pun tak pandai berenang, jom belajar sama-sama nak? :)

Typhoon Sue said...

aik? bukan ke u dah belajar berenang kat tasik lombong belakang rumah u tu? nak belajar apa lagi? hehehe...

The Blueberry said...

Hi Sue! I'm visiting your blog back! Thanks for visiting mine! I'll link up your blog to mine!

PS: I can teach you both how to swim hahahaaaa..

Typhoon Sue said...

the blueberry:

hahaha...

...and I'll link yours to mine most definitely. Looking forward to more movie reviews

The Blueberry said...

Aiyaaaa... I don't watch a lot of movies la... At least not at the movies. Where got time. I only wait for Hubba Bubba to go on one of those cetak romapk raids and get some pirated copies to watch at home heheeee...

Typhoon Sue said...

oh? apara? tgk pirated copies... tak baik tau.... oops... wait seminit, i do the same thing!
hehehe..